Monday, June 25, 2012

*m0ist chocolate cake*


..Alhamdulillah..
insyaAllah..atas permintaan ramai, moh kita share resepi choc cake ni ye.
(x nak ckp byk, kita straight to the point jeh) ok!

  • BAHAN A
          1cawan susu cair / boleh jgk guna fresh milk
          1cawan melted butter
          2 cawan gula perang
          1 cawan air

  • BAHAN B
          2 cawan tepung gandum
          1/2 cawan serbuk c0c0.. saya guna brand Van Houten! ^^
          1 sudu teh baking powder
          1 sudu teh soda bicarbonate

  • BAHAN C
          2 biji telur
          1 sudu teh vanilla essence
          
  • TOPPING COKLAT 
           1 cawan susu pekat (saya wat x penuh sgt, x suka manis..)
           2 sudu serbuk c0c0
           2 sudu butter/mentega
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah..dah siap sediakan semua ingredients tu.. da bole start lah.... ^^

  1. Kacau sebati bahan A.
  2. Ayak bahan B. dan masukkan ke dalam bahan A slowly.. jangan nak cepat2..nanti berketul adunan tu. slowly je sambil kacau sampai rata... 
  3. Bahan C dipukul dengan garfu.. masuk slowly ke dalam adunan. saya kacau guna mixer..(xdela penat sgt) tp..guna tgn ok je....pastikan betul2 sebati..
  4. griskan loyang dgn kertas+butter.. betul2 rata tau..
  5. sambil2 tu dah boleh panaskan kukusan.
  6. tuang adunan dalam loyang.
  7. kukus selama 1 jam. (kalau boleh balut penutup kukusan dgn kain semasa mengukus) atau mengikut kreativiti masing2.. sbb x nak bagi air jatuh atas kek.. :)
TOPPING:
  1. Campur susu pekat manis & c0c0 
  2. Panaskan dgn api sederhana.. kacau sampai sebati.
  3. masukkan mentega dan kacau rata.
  4. tutup api, tp, still kacau.. jgn bagi berketul...
  5. tunggu sekejap bagi die cool sikit...
  6. dah boleh tuang atas cake coklat! 
_________________________________________________________________________________


ALAHAMDULILLAH.. senang je kan...
kalau menjadi, kek tu mampat dan sangat lembut.. rasa original coklat.
first trial cake sy ni.. alhamdulillah, kira menjadi la..sebab semua kata sedap..^^
so.. juz try it yaa.... :)


*sangat bahagia bila dapat membahagiakan insan yang kita sayang..
  dengan memasak juga dapat dilihat betapa kasihnya seseorang itu kepada insan lain..
  insyaAllah.. bila kita niat begitu..akan dipermudahkan segala urusan. asal kita usaha.. :))
  Hasbunallah wani'mal wakil.

  ..wasalam.. ^.^







No comments:

Post a Comment