Monday, June 25, 2012

*m0ist chocolate cake*


..Alhamdulillah..
insyaAllah..atas permintaan ramai, moh kita share resepi choc cake ni ye.
(x nak ckp byk, kita straight to the point jeh) ok!

  • BAHAN A
          1cawan susu cair / boleh jgk guna fresh milk
          1cawan melted butter
          2 cawan gula perang
          1 cawan air

  • BAHAN B
          2 cawan tepung gandum
          1/2 cawan serbuk c0c0.. saya guna brand Van Houten! ^^
          1 sudu teh baking powder
          1 sudu teh soda bicarbonate

  • BAHAN C
          2 biji telur
          1 sudu teh vanilla essence
          
  • TOPPING COKLAT 
           1 cawan susu pekat (saya wat x penuh sgt, x suka manis..)
           2 sudu serbuk c0c0
           2 sudu butter/mentega
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah..dah siap sediakan semua ingredients tu.. da bole start lah.... ^^

  1. Kacau sebati bahan A.
  2. Ayak bahan B. dan masukkan ke dalam bahan A slowly.. jangan nak cepat2..nanti berketul adunan tu. slowly je sambil kacau sampai rata... 
  3. Bahan C dipukul dengan garfu.. masuk slowly ke dalam adunan. saya kacau guna mixer..(xdela penat sgt) tp..guna tgn ok je....pastikan betul2 sebati..
  4. griskan loyang dgn kertas+butter.. betul2 rata tau..
  5. sambil2 tu dah boleh panaskan kukusan.
  6. tuang adunan dalam loyang.
  7. kukus selama 1 jam. (kalau boleh balut penutup kukusan dgn kain semasa mengukus) atau mengikut kreativiti masing2.. sbb x nak bagi air jatuh atas kek.. :)
TOPPING:
  1. Campur susu pekat manis & c0c0 
  2. Panaskan dgn api sederhana.. kacau sampai sebati.
  3. masukkan mentega dan kacau rata.
  4. tutup api, tp, still kacau.. jgn bagi berketul...
  5. tunggu sekejap bagi die cool sikit...
  6. dah boleh tuang atas cake coklat! 
_________________________________________________________________________________


ALAHAMDULILLAH.. senang je kan...
kalau menjadi, kek tu mampat dan sangat lembut.. rasa original coklat.
first trial cake sy ni.. alhamdulillah, kira menjadi la..sebab semua kata sedap..^^
so.. juz try it yaa.... :)


*sangat bahagia bila dapat membahagiakan insan yang kita sayang..
  dengan memasak juga dapat dilihat betapa kasihnya seseorang itu kepada insan lain..
  insyaAllah.. bila kita niat begitu..akan dipermudahkan segala urusan. asal kita usaha.. :))
  Hasbunallah wani'mal wakil.

  ..wasalam.. ^.^







Sunday, June 17, 2012

tears- most meaningful liquid!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T....





“I was smiling yesterday, I am smiling today and I will smile tomorrow.
Simply because life is too short to CRY for anything.” 

It is a quote that totally inspiring me.. i'm a person that easily to cry for anything. if i feel hurts, anxious and even happy..... crying is one way that makes me calm and relief..

seringkali... saya terfikir bila tiba masanya air mata yang jatuh ini akan kering..?? saya takut, nanti akan tiba masanya saya tidak boleh lagi untuk menangis atas sebab tidak ada lagi air mata yang dapat mengalir... 

namun, ramai yang gunakan air mata ini pada perkara yang sia-sia.. 
masyaAllah...Tuhan ciptakan pada tubuh kita cukup lengkap..tidak ada cacat celanya...(melainkan insan2 yg sangat disayangi oleh Allah). kita yang sempurna ini, gunalah sebaik mungkin sementara Dia masih lagi mengizinkan kita untuk merasai nikmat2 anggota tubuh badan yang ada insan lain tidak pernah merasainya.

ALHAMDULILLAH YA RABB!!

 aku juga insan biasa yang pernah merasai sepahit mana ujian itu, dan semanis mana nikmat itu..
ujian tidak pernah leka untuk menghampiri dan mendekati diri kita.. kadangkala ujian itu hadir dalam bentuk yang sangat mengecewakan kita.. malah ada yang membuat kita merasakan buntu untuk menghadapi ujian tersebut..

tetapi.. bagi ujian 'nikmat'...kita tidak pernah menganggap itu adalah ujian hidup.. kita cuma merasakan itu adalah nikmat semata2 yang akan membuat diri bahagia dan ada sesetengah yang alpa dengan nikmat tersebut..

sepatutunya kita bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita dan mahu melihat kita terus tersenyum setelah kita puas menangis meminta dan mengharap kepadaNYA....
Saya menganggap..air mata yang mengalir itu tidak akan pernah kering..... kerana Allah sangat suka akan hambanya yang sering meminta,merayu,dan menangis keranaNYA..

buat sahabat2... usahlah kita bazirkan air mata itu semata2 kepada manusia.. akan tetapi, berhubunglah dengan Sang Pencipta untuk luahkan segala yang terbuku di hati.. cuma Dia yang memahami... cuma Dia yang dapat mengeluarkan kita dari segala masalah yg membelenggu diri...

menangislah.. Dia yang menciptakan air mata itu.. dan keranaNya jualah kita gunakan air mata itu..

insyaAllah...semoga Allah redha !! amin.. :')




~Wahai manusia, mata air di bumi adalah kehidupan bagi tetumbuhan, 
dan air mata di pipi adalah kehidupan bagi hati.~
[Ibnul Jauzy]