[Ibnul Jauzy]
Sunday, June 17, 2012
tears- most meaningful liquid!
[Ibnul Jauzy]
Saturday, May 19, 2012
puding roti c0klat my version..
Saturday, May 12, 2012
..aku tidak sempurna..
Alhamdulillah.. syukur pada Rabb, yang masih lagi memberi kesempatan untuk kita semua merasai lagi kenikmatan yang Dia sediakan..
walaupun, ada segelintir manusia yang masih lagi leka dengan kehidupan yang dilaluinya saban hari tanpa panjatkan kesyukuran terhadap pemilik nyawanya yang sentiasa disisi.. (kadang2 sy pun begitu)....
sebab itulah, kita mesti mengingatkan diri kita masing2 untuk terus memperbaiki dan memenuhi tuntutan Agama dalam kehidupan seharian dalam mendapatkan Redha Allah... InsyaAllah..!!
sering kita dengar...ada yang selalu mengatakn yang "aku tidak sempurna....bla2..."....
itu tidak dinafikan..yang setiap manusia itu tidak sunyi daripada melakukan kesalahan besar atau kecil...
diri ini juga sering alpa dengan keindahan2 duniawi..
kadang2, kita khilaf dalam membuat keputusan.. dan ini mungkin akan melibatkan insan lain seperti keluarga, sahabat, dan saudara2 kita.. (x terhitung khilaf yg telah kita lakukan sama ada yang disedari atau tanpa kita sedari... harap sudi memaafkan salah silap yang saya telah lakukan...)..
manusia sentiasa menyedari dan menghargai sesuatu yg sudah TIADA...
kadang2.. kita tidak mahu untuk merasai PAHIT itu..
tapi sayang, kita tidak pandai untuk menghargai yang MANIS yg ada disisi kita sebelumnya....
setelah ia berlalu... pada masa itulah kita sering mengingatkannya.. dan terdetiklah..
"kalaulah masa ini boleh diundur kembali... kalaulah saat itu muncul kembali dalam hidup ini".........
Dan sebab itulah jangan kita jadikan alasan ketidaksempurnaan diri ini menjadi faktor diri kita menjadi hamba yang lemah..malah, kita mestilah bangkit untuk sentiasa muhasabah dan memperbaiki untuk menjadi sempurna...
Manjadi sempurna itu tidak salah jika NIAT kita disusuri dengan bimbingan yag betul di sisi agama...
Ayuh bangkit umat MUHAMMAD S.A.W....
ubahlah cara pemikiran kita seperti tokoh2 ulama islam..
sama2 kita mencari identiti kita sebagai umat Islam..
InyaAllah...Allah akan buka jalan buat kita... Amin..
Friday, May 11, 2012
satu langkah baru
InsyaAllah... doakan supaya kita semua mendapat sesuatu dengan apa yang kita baca..semoga Allah redha. amin. :)
Saturday, November 12, 2011
Monday, December 20, 2010
L.0.V.E...C..I.N.T.A..
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela

Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pulaKerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan
Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/08/lirik-lagu-kerana-cinta-mestica-feat.html#ixzz18eip65Zn
Friday, December 17, 2010
aku mencintaimu,habibi...tapi ALLAH lebih menyayangimu...
Aku mencintai mu tetapi ALLAH lebih mencintai mu...
Untuk kamu..
Setelah semuanya berakhir,baru aku sedar ALLAH itu lebih mencintai mu.
Jujur,aku juga mencintai kamu tapi cinta ku tak sehebat cintaNYA.
Aku dapat merasakan wujudnya ketenangan bila aku membiarkan kamu pergi.
Pada permulaannya,terlalu berat untuk aku melepaskan kamu kerana dalam perhitungan ku mungkin aku tak akan menjumpai insan setulus kamu tapi aku mengerti kamu itu milik ALLAH.
Aku hanya hamba ALLAH yg hina.
Aku tahu ALLAH memisahkan kita kerana ingin menghindarkan kita dari terjebak kearah maksiat.
Terkadang aku juga terfikir,mengapakah aku boleh terjebak dalam cinta yang tak direstui ini?
aku juga tahu hakikatnya cinta itu suci kerana PENCIPTA CINTA ITU ADALAH ALLAH.
Seharusnya aku tidak membiarkan cinta yang suci itu diselaputi oleh nafsu.
Seharusnya aku memuliakan lagi cinta itu dengan jalan yang benar bukan menjadikan cinta itu hina dan jijik tapi aku tewas dengan nafsu ku. Aku juga ingin meminta ampun maaf dari mu sekiranya dulu aku pernah mengganggu ruangan hidup mu.
Maafkan aku kerana telah mencemari cinta mu suatu ketika dahulu.
Di saat itu seharusnya kamu menyerahkan cinta mu hanya kepada ALLAH semata-mata tetapi cinta ku ini telah menghalang mu...
YA ALLAH,aku amat berdosa.
sesungguhnya,di saat kita mengambil keputusan untuk berpisah,
aku akui aku amat merasai kesakitan itu,kesakitan untuk melepaskan insan yang amat aku cintai.
Mungkin untuk selama-lamanya atau sehingga jodoh menemukan kita kembali,,
YA ALLAH,semoga sakit yang aku rasai sekarang ini menjadi penawar dosaku yang terdahulu.
Amat sakit bila merindui seseorang itu.
Walaupun aku kini tidak lagi bersama mu tetapi aku sentiasa berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita..sesungguhnya sebaik-baik perkara adalah dari ALLAH.
Sedih sekali apabila kita harus berpisah,ketahuilah bahawa apa yang kita lakukan ini adalah demi untuk memperoleh redhaNYA dan mengelakkan kita terjerumus ke dalam neraka jahannam kelak..
Sejujurnya, aku tidak mungkin akan bisa melupakan kamu melainkan dengan kuasa ALLAH kerana kamu itu cinta pertama ku.
Tapi sayang,aku menemui cinta pertama ku bukan selepas aku menjadi yang halal bagi mu,di saat itu aku masih yang haram bagi mu.
Aku juga redha dengan takdir ku itu dan amat bersyukur sekali kerana aku tahu ALLAH amat menyayangi kita lalu diberikan kepada kita ujian sebegitu hebat untuk menguji setebal mana iman kita.
Hanya hambaNYA yang bertuah sahaja diuji sebegini rupa.
sesungguhnya,penangan cinta pertama itu hebat sehingga ada yang sanggup membunuh diri,menyerahkan maruahnya dan yang paling keji membunuh orang lain yang tidak berdosa.
ALHAMDULlLLAH,kita terbebas dari melakukan perkara terkutuk itu kerana ALLAH masih menjaga kita.
dan INSHAALLAH,kita terhindar dari maksiat untuk selama-lamanya..
jujur,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Demikian juga apa yang telah berlaku kepada kita.
Perpisahan itu juga mengajar kita agar menjadi insan yang tabah,redha akan qada` qadar dan menghargai seseorang itu.
Aku sangat berharap agar apa yang telah berlaku keatas kita menjadi pengajaran untuk kita lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.PERPISAHAN INI JUGA KERANA ALLAH MENCINTAIMU.
DIA tidak akan membenarkan kamu terjebak dalam kancah maksiat.
Mungkin juga ALLAH telah menyediakan bidadari untuk menemani hidup mu kerana aku itu tidak sesempurna kamu.
Jauh di lubuk hatiku,aku memang merasakan aku tidak layak sama sekali untuk kamu dan mungkin sebab itu ALLAH memisahkan kita.
Semoga dengan perpisahan ini menambahkan lagi iman mu.
Dan aku berharap kita dapat melupakan diri masing2.... Ini adalah antara jalan yang terbaik untuk kita mengelakkan dari terjurumus dalam cinta nafsu..semoga ALLAH bersama mu..
Di akhir kata,aku ingin memberitahu bahawa aku mencintai mu tapi ALLAH lebih mencintai kamu..
AKU INGIN MENJADI YANG HALAL BAGIMU........Itu lah d0aku padaNya setiap masa dan ketika!......




