Monday, June 25, 2012

*m0ist chocolate cake*


..Alhamdulillah..
insyaAllah..atas permintaan ramai, moh kita share resepi choc cake ni ye.
(x nak ckp byk, kita straight to the point jeh) ok!

  • BAHAN A
          1cawan susu cair / boleh jgk guna fresh milk
          1cawan melted butter
          2 cawan gula perang
          1 cawan air

  • BAHAN B
          2 cawan tepung gandum
          1/2 cawan serbuk c0c0.. saya guna brand Van Houten! ^^
          1 sudu teh baking powder
          1 sudu teh soda bicarbonate

  • BAHAN C
          2 biji telur
          1 sudu teh vanilla essence
          
  • TOPPING COKLAT 
           1 cawan susu pekat (saya wat x penuh sgt, x suka manis..)
           2 sudu serbuk c0c0
           2 sudu butter/mentega
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah..dah siap sediakan semua ingredients tu.. da bole start lah.... ^^

  1. Kacau sebati bahan A.
  2. Ayak bahan B. dan masukkan ke dalam bahan A slowly.. jangan nak cepat2..nanti berketul adunan tu. slowly je sambil kacau sampai rata... 
  3. Bahan C dipukul dengan garfu.. masuk slowly ke dalam adunan. saya kacau guna mixer..(xdela penat sgt) tp..guna tgn ok je....pastikan betul2 sebati..
  4. griskan loyang dgn kertas+butter.. betul2 rata tau..
  5. sambil2 tu dah boleh panaskan kukusan.
  6. tuang adunan dalam loyang.
  7. kukus selama 1 jam. (kalau boleh balut penutup kukusan dgn kain semasa mengukus) atau mengikut kreativiti masing2.. sbb x nak bagi air jatuh atas kek.. :)
TOPPING:
  1. Campur susu pekat manis & c0c0 
  2. Panaskan dgn api sederhana.. kacau sampai sebati.
  3. masukkan mentega dan kacau rata.
  4. tutup api, tp, still kacau.. jgn bagi berketul...
  5. tunggu sekejap bagi die cool sikit...
  6. dah boleh tuang atas cake coklat! 
_________________________________________________________________________________


ALAHAMDULILLAH.. senang je kan...
kalau menjadi, kek tu mampat dan sangat lembut.. rasa original coklat.
first trial cake sy ni.. alhamdulillah, kira menjadi la..sebab semua kata sedap..^^
so.. juz try it yaa.... :)


*sangat bahagia bila dapat membahagiakan insan yang kita sayang..
  dengan memasak juga dapat dilihat betapa kasihnya seseorang itu kepada insan lain..
  insyaAllah.. bila kita niat begitu..akan dipermudahkan segala urusan. asal kita usaha.. :))
  Hasbunallah wani'mal wakil.

  ..wasalam.. ^.^







Sunday, June 17, 2012

tears- most meaningful liquid!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T....





“I was smiling yesterday, I am smiling today and I will smile tomorrow.
Simply because life is too short to CRY for anything.” 

It is a quote that totally inspiring me.. i'm a person that easily to cry for anything. if i feel hurts, anxious and even happy..... crying is one way that makes me calm and relief..

seringkali... saya terfikir bila tiba masanya air mata yang jatuh ini akan kering..?? saya takut, nanti akan tiba masanya saya tidak boleh lagi untuk menangis atas sebab tidak ada lagi air mata yang dapat mengalir... 

namun, ramai yang gunakan air mata ini pada perkara yang sia-sia.. 
masyaAllah...Tuhan ciptakan pada tubuh kita cukup lengkap..tidak ada cacat celanya...(melainkan insan2 yg sangat disayangi oleh Allah). kita yang sempurna ini, gunalah sebaik mungkin sementara Dia masih lagi mengizinkan kita untuk merasai nikmat2 anggota tubuh badan yang ada insan lain tidak pernah merasainya.

ALHAMDULILLAH YA RABB!!

 aku juga insan biasa yang pernah merasai sepahit mana ujian itu, dan semanis mana nikmat itu..
ujian tidak pernah leka untuk menghampiri dan mendekati diri kita.. kadangkala ujian itu hadir dalam bentuk yang sangat mengecewakan kita.. malah ada yang membuat kita merasakan buntu untuk menghadapi ujian tersebut..

tetapi.. bagi ujian 'nikmat'...kita tidak pernah menganggap itu adalah ujian hidup.. kita cuma merasakan itu adalah nikmat semata2 yang akan membuat diri bahagia dan ada sesetengah yang alpa dengan nikmat tersebut..

sepatutunya kita bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita dan mahu melihat kita terus tersenyum setelah kita puas menangis meminta dan mengharap kepadaNYA....
Saya menganggap..air mata yang mengalir itu tidak akan pernah kering..... kerana Allah sangat suka akan hambanya yang sering meminta,merayu,dan menangis keranaNYA..

buat sahabat2... usahlah kita bazirkan air mata itu semata2 kepada manusia.. akan tetapi, berhubunglah dengan Sang Pencipta untuk luahkan segala yang terbuku di hati.. cuma Dia yang memahami... cuma Dia yang dapat mengeluarkan kita dari segala masalah yg membelenggu diri...

menangislah.. Dia yang menciptakan air mata itu.. dan keranaNya jualah kita gunakan air mata itu..

insyaAllah...semoga Allah redha !! amin.. :')




~Wahai manusia, mata air di bumi adalah kehidupan bagi tetumbuhan, 
dan air mata di pipi adalah kehidupan bagi hati.~
[Ibnul Jauzy]

Saturday, May 19, 2012

puding roti c0klat my version..



ALAHMDULILLAH..
syukur sangat kita masih dapat hidup  di alam ini dan masih dapat  terus melayari bahtera kehidupan ..insyaAllah..
semoga hari ini lebih baik daripada semalam... AMEEN!

hurm...insyaAllah...dlm entry ni,saya ingin kongsikan satu resepi yg sgt3 mudah utk kita buat..
so simple and of course la sedap kan...ada suatu hari, ummi ada request utk saya buat puding roti..haha..
lagipun,semua bahan sudh ada didapur,cuma nak keluarkan je..
dengan kepakaran yg ada,maka jadilah puding roti coklat my version ni..
(nasib baik sedap kan..hehe) 


BAHAN-2:



roti 
1 tin susu cair
5 biji telur
6/7 sudu  besar gula
1-1/2 sudu esen vanilla
2 sudu besar butter
sedikit kismis
chocolate bar  (sy cincang nipis2...haha..terserah la nak wat macm mne..kreativiti masing2). :) 


METHOD:
1) telur + gula + esen vanilla + susu cair + butter
    ---> pukul sampai sebati..atau blend je..

2) sediakan loyang saiz sedang2...and sapu sedikit butter dalam loyang tu, (xnak bagi puding tu terlalu melekat)
3) susun roti tu elok2 je dalam loyang tadi..
4) layerkan roti dgn bahan2 yg di blend...pastu tabur kismis dan coklat tadi...
5) at the top pun wat mcm tu la.. lebihkan coklat kat atas.. mmng sedap la bila nak makan nnti..hehe :))
*tekan2 la sikit...biar die mampat... *

6) at last...sediakan kukusan...kalau boleh kita panaskan air dulu sblum kita mengukus.
dalam 5-6 min panas...da boleh la nak letak loyang dlm kukusan...
7) kukus dengan api sederhana selama 35-40 minit...
watch out la ae...klau dah masak, bole sejukkan di luar sekejap.. 
pastu..letak dalam freezer. tunggu sejuk,baru sedap nak makan.. yummy!!





my dear NADIRA,nnti try la recipe ni..
sng sgt2.(xgune oven pun) hehe...                                                                                                        

happy sgt bole share ngn awak.
selamat mencuba! :))
                                                                                

Saturday, May 12, 2012

..aku tidak sempurna..

Assalamualaikum w.b.t.. 


Alhamdulillah.. syukur pada Rabb, yang masih lagi memberi kesempatan untuk kita semua merasai lagi kenikmatan yang Dia sediakan.. 
walaupun, ada segelintir manusia yang masih lagi leka dengan kehidupan yang dilaluinya saban hari tanpa panjatkan kesyukuran terhadap pemilik nyawanya yang sentiasa disisi.. (kadang2 sy pun begitu)....
sebab itulah, kita mesti mengingatkan diri kita masing2 untuk terus memperbaiki dan memenuhi tuntutan Agama dalam kehidupan seharian dalam mendapatkan Redha Allah... InsyaAllah..!!


sering kita dengar...ada yang selalu mengatakn yang "aku tidak sempurna....bla2..."....
itu tidak dinafikan..yang setiap manusia itu tidak sunyi daripada melakukan kesalahan besar atau kecil...
diri ini juga sering alpa dengan keindahan2 duniawi.. 
kadang2, kita khilaf dalam membuat keputusan.. dan ini mungkin akan melibatkan insan lain seperti keluarga, sahabat, dan saudara2 kita.. (x terhitung khilaf yg telah kita lakukan sama ada yang disedari atau tanpa kita sedari... harap sudi memaafkan salah silap yang saya telah lakukan...)..


manusia sentiasa menyedari dan menghargai sesuatu yg sudah TIADA...
kadang2.. kita tidak mahu untuk merasai PAHIT itu.. 
tapi sayang, kita tidak pandai untuk menghargai yang MANIS yg ada disisi kita sebelumnya....
setelah ia berlalu... pada masa itulah kita sering mengingatkannya.. dan terdetiklah.. 
"kalaulah masa ini boleh diundur kembali... kalaulah saat itu muncul kembali dalam hidup ini"......... 


Dan sebab itulah jangan kita jadikan alasan ketidaksempurnaan diri ini menjadi faktor diri kita menjadi hamba yang lemah..malah, kita mestilah bangkit untuk sentiasa muhasabah dan memperbaiki untuk menjadi sempurna...
Manjadi sempurna itu tidak salah jika NIAT kita disusuri dengan bimbingan yag betul di sisi agama... 



Ibn Kathir berkata: “Allah yang menciptakan kamu daripada tiada kemudian memberi kepada kamu pendengaran, penglihatan, akal dan kemampuan. Sebaliknya sedikit sahaja di kalangan kamu yang bersyukur dan juga menggunakannya segala nikmat kurniaan Allah ini untuk mentaati dan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.”


Ayuh bangkit umat MUHAMMAD S.A.W....
ubahlah cara pemikiran kita seperti tokoh2 ulama islam.. 
sama2 kita mencari identiti kita sebagai umat Islam..
InyaAllah...Allah akan buka jalan buat kita... Amin.. 

Friday, May 11, 2012

satu langkah baru

Assalamualaikum..w.b.t..buat insan yg ada dan sudi menatap blog ini.. sudah lama tidak mengupdate blog ini di atas asbab2 tertntu..akn tetapi, jauh di sudut hati ini sering memanggil untuk kembali menconteng sedikit sebanyak ap yg boleh dikongsikan bersama disamping memuaskan jari ini utk mnulis.. :)

InsyaAllah... doakan supaya kita semua mendapat sesuatu dengan apa yang kita baca..semoga Allah redha. amin. :)

Saturday, November 12, 2011

Monday, December 20, 2010

L.0.V.E...C..I.N.T.A..

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pulaKerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/08/lirik-lagu-kerana-cinta-mestica-feat.html#ixzz18eip65Zn

Friday, December 17, 2010

aku mencintaimu,habibi...tapi ALLAH lebih menyayangimu...

Aku mencintai mu tetapi ALLAH lebih mencintai mu...

Untuk kamu..

Setelah semuanya berakhir,baru aku sedar ALLAH itu lebih mencintai mu.

Jujur,aku juga mencintai kamu tapi cinta ku tak sehebat cintaNYA.

Aku dapat merasakan wujudnya ketenangan bila aku membiarkan kamu pergi.

Pada permulaannya,terlalu berat untuk aku melepaskan kamu kerana dalam perhitungan ku mungkin aku tak akan menjumpai insan setulus kamu tapi aku mengerti kamu itu milik ALLAH.

Aku hanya hamba ALLAH yg hina.

Aku tahu ALLAH memisahkan kita kerana ingin menghindarkan kita dari terjebak kearah maksiat.

Terkadang aku juga terfikir,mengapakah aku boleh terjebak dalam cinta yang tak direstui ini?

aku juga tahu hakikatnya cinta itu suci kerana PENCIPTA CINTA ITU ADALAH ALLAH.

Seharusnya aku tidak membiarkan cinta yang suci itu diselaputi oleh nafsu.

Seharusnya aku memuliakan lagi cinta itu dengan jalan yang benar bukan menjadikan cinta itu hina dan jijik tapi aku tewas dengan nafsu ku. Aku juga ingin meminta ampun maaf dari mu sekiranya dulu aku pernah mengganggu ruangan hidup mu.

Maafkan aku kerana telah mencemari cinta mu suatu ketika dahulu.

Di saat itu seharusnya kamu menyerahkan cinta mu hanya kepada ALLAH semata-mata tetapi cinta ku ini telah menghalang mu...

YA ALLAH,aku amat berdosa.

sesungguhnya,di saat kita mengambil keputusan untuk berpisah,

aku akui aku amat merasai kesakitan itu,kesakitan untuk melepaskan insan yang amat aku cintai.

Mungkin untuk selama-lamanya atau sehingga jodoh menemukan kita kembali,,

YA ALLAH,semoga sakit yang aku rasai sekarang ini menjadi penawar dosaku yang terdahulu.

Amat sakit bila merindui seseorang itu.

Walaupun aku kini tidak lagi bersama mu tetapi aku sentiasa berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita..sesungguhnya sebaik-baik perkara adalah dari ALLAH.

Sedih sekali apabila kita harus berpisah,ketahuilah bahawa apa yang kita lakukan ini adalah demi untuk memperoleh redhaNYA dan mengelakkan kita terjerumus ke dalam neraka jahannam kelak..

Sejujurnya, aku tidak mungkin akan bisa melupakan kamu melainkan dengan kuasa ALLAH kerana kamu itu cinta pertama ku.

Tapi sayang,aku menemui cinta pertama ku bukan selepas aku menjadi yang halal bagi mu,di saat itu aku masih yang haram bagi mu.

Aku juga redha dengan takdir ku itu dan amat bersyukur sekali kerana aku tahu ALLAH amat menyayangi kita lalu diberikan kepada kita ujian sebegitu hebat untuk menguji setebal mana iman kita.

Hanya hambaNYA yang bertuah sahaja diuji sebegini rupa.

sesungguhnya,penangan cinta pertama itu hebat sehingga ada yang sanggup membunuh diri,menyerahkan maruahnya dan yang paling keji membunuh orang lain yang tidak berdosa.

ALHAMDULlLLAH,kita terbebas dari melakukan perkara terkutuk itu kerana ALLAH masih menjaga kita.

dan INSHAALLAH,kita terhindar dari maksiat untuk selama-lamanya..

jujur,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Demikian juga apa yang telah berlaku kepada kita.

Perpisahan itu juga mengajar kita agar menjadi insan yang tabah,redha akan qada` qadar dan menghargai seseorang itu.

Aku sangat berharap agar apa yang telah berlaku keatas kita menjadi pengajaran untuk kita lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.PERPISAHAN INI JUGA KERANA ALLAH MENCINTAIMU.

DIA tidak akan membenarkan kamu terjebak dalam kancah maksiat.

Mungkin juga ALLAH telah menyediakan bidadari untuk menemani hidup mu kerana aku itu tidak sesempurna kamu.

Jauh di lubuk hatiku,aku memang merasakan aku tidak layak sama sekali untuk kamu dan mungkin sebab itu ALLAH memisahkan kita.

Semoga dengan perpisahan ini menambahkan lagi iman mu.

Dan aku berharap kita dapat melupakan diri masing2.... Ini adalah antara jalan yang terbaik untuk kita mengelakkan dari terjurumus dalam cinta nafsu..semoga ALLAH bersama mu..

Di akhir kata,aku ingin memberitahu bahawa aku mencintai mu tapi ALLAH lebih mencintai kamu..

AKU INGIN MENJADI YANG HALAL BAGIMU........Itu lah d0aku padaNya setiap masa dan ketika!......

Sunday, May 16, 2010

~happy teacher's day!~

teacher,you're Wonderful Teacher!!

With a special gift for learning
And with a heart that deeply cares,
You add a lot of love
To everything you share,
And even though
You mean a lot,
You'll never know how much,
For you helped
To change the world
Through every life you touched.
You sparked the creativity
In the students whom you taught,
And helped them strive for goals
That could not be bought,
You are such a special teacher
That no words can truly tell
However much you're valued
For the work you do so well.

Tuesday, January 5, 2010

dah 2010!


SELAMAT TAHUN BARU 2010..

SALAM MAAL HIJRAH...


ANOTHER FRESH NEW YEAR IS HERE..
ANOTHER year to live!
to banish worry,doubt, and fear..
to lOVE and LAUGH and GIVE!

this bright new year is given me...
to live each day with ZEST...,,
TO daily grow and try to be..
my HIGHEST and my BEST!!!..

I have the OPPORTUNITY
once more to right some wrongs,
to pray for PEACE, to plant a tree,to read more books,
and sing more joyful songs!.. hehe..

AMEEN, INSYA-ALLAH!!!...

Friday, November 27, 2009

Happy EID..

ASSALAMUALAIKUM..

syukur alhamdulillah kupanjatkan pada ILAHI.. yg telah beri kesempatn diri ini untuk merayakan LEBARAN AIDILADHA pd tahun ni bersama keluarga yg kucintai dan kusayagi.

dengan rezeki dan peluang yg diberikan oleh ALLAH S.W.T, tahun ni dapatlah ana berkorban 1 bahagian=rm300, (boleh tahan la harga dgn saiz lembu tu).. tahun lepas,giliran abang ana.. tahun ni, ana.. tahun depan,mgkin ana lg kot. he2 x delah.. actually,ana pun tau ag lorl..

pengalaman pertama.. melalui proses jual beli, niat.. nervous 2, ade la jgak.. a little bit.. hu2. mgkin pengalamn ini akan berulang lagi dalam hidup ana dengan izin-NYA.. insya-ALLAH!

moga2 kita mndapat kebaikan dan keberkatan oleh ALLAH sempena HARI RAYA HAJI tahun ni.. DOA2KAnlah, agar kita semua dapat bertemu kembali dengannya pd tahun2 hadpn. AMEEN!

~WASALAM~ ^_^

Sunday, September 13, 2009


~WANITA...dan sifat MALU >

"APAKAH istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki....."???
kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang...dan wanita sebagai bunga..
kumbang amat suke kepada bunga...jadi,,lelaki semestinya suka kepada wanita..
jadi..x pelikla kalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki kan??
selagi usikan tu x diberi prhatian oleh wanita itu.. mereka akan terus mencuba dan terus mencuba (tp,bkn smua laki cm2 kan? he2)....
emm..dalam sebuah hadith RASULULLAH s.a.w tlh brsbda yg bermksud;
"terdapat 99 bhgian tarikan pd wanita berbnding lelaki, lalu ALLAH kurniakan atas mereka SIFAT MALU..." wanita walau apepun yg dilakukan akn dpt prhatian lelaki..
jika berbuat baik akan dikagumi.. apabila berbuat jahat diminati.. apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan.. apabila berpakaian x senonoh dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian kan,??
Oleh sebab tu ALLAH mengurniakan sifat malu kpd wanita.. Dgn sifat malu tu,mereka akan berfikir pnjang sbelum mlakukan sesuatu tindakan.. kalu nk wat jahat,takut2 kalu ad owng nmpk.. nak dedah aurat,takut ad orng ganggu.. nak jalan sowng2,takut ad orng y mngusik...
erm..gitu lah peranan malu y bleh mmbntu dlm tindak tanduk seorng wanita... tapi, kalu pmpuan yg X MALU ?? msti mereka x memikirkan semua tu.. Pedulikanlah orng kan? nak tengok ke,,nak ganggu ke,, nak usik ke... bahkan,mereka merasa senang ,seronok dan BAHAGIA apbila dlm keadaan sebegitu.. na'uzubillah....
DAlam sebuah hadith..RASULULLAH telah bersabda yg bermaksud;
"jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.."
hadis ni merupakan sindiran dlm tegahan..Sifat malu i2 adlh pokok akhlak y mulia dan budi pekerti yg terpuji.. ala,,x payah susah nk letakkn sifat malu ni di atas neraca SYARIAT..malah,neraca AKAl pun dahsudah mngakui malu sbgai satu sifat y perlu ada dlm diri manusia... tul x??..huhu.
barangkali wanita hari ni kebanyakannya x tahu malu atau KURANG malu...
atas sbab tu, mereka snggup mlakukan apa saje dosa dan maksiat.. Atau barangkali sifat malu i2 kurang berfungsi sepenuhnya..
apabila kurangnya iman di dada.. maka secara automatik malu tersebut akan hilang.. inilah realiti yg x boleh dinafikan..Buktinya,boleh dilihat di mana2 sahaja kan??,
melalui media cetak,media elektronik,dan bahkan dihadapan mata kita sendiri
berbagai ragam kemungkaran berlaku..masya-ALLAH..
SAYANG..wanita sepatutnya lbih istimewa drpada lelaki,menjadi serendah2nya..
ini hanya disebabkn kurangnya sifat malu i2.. tetapi...
percayalah..kalau semuA wanita boleh mngekalkan sifat malunya,, tentulah mreka
akan brpakaian sopan santun....berakhlak mulia.. dan ketika i2 mungkin akan disegani oleh smua pihak.. tul x??
dengan ini..akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum hawa..
sesungguhnya,,setiap insan itu pasti melakukan kesalahan..
dan sebaik2 manusia yg mlkukan kesalahan adlh mereka yg BERTAUBAT..
~takutlah pd ALLAH.GERUNLAH pd neraka Allah, dan CINTALAH syurga Allah~

Wednesday, September 9, 2009

tanah y tandus mnjadi subur~

daripada Abu Hurairah r.a.. bahawasanya Rasulullah bersabda:

"TIDAK AKAN MENJADI KIAMAT sehinggalah TANAH ARAB yg tandus itu MENJADI LEMBAH y SUBUR dan DIALIRI SUNGAI-SUNGAI"...

salam.. skarang kita dapat lihat banyak tanah arab y dahulunya tandus dan kering kontang sekarang telah menghijau.. dan ditumbuhi rumput2 dn pohon-pohon kayu..
emm.. contohnya; padang ARAFAH yg terletak di MEKAH al-Mukarramah yg dahulunya hanya dikenali sebagai padang yg tandus dn tidak ditumbuhi pohon2 kayu...
tapi.. kini dipenuhi pohon2 kayu, sehingga kelihatan menghijau.. dan kita dpt berteduh dibawah naungannya... keadaan ini memang menyejukkan mata memandang...
namun,, ia mengurangkan gambaran kepada kita,seluruh umat isalam... kepada suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari kiamat nanti...
~so, fikir2 kanlah eh... ;-)~
DI kALA ku berjabat tangan,
terasa indah nikmat bersalam..

Di kala ku hulurkan tangan,
terasa nikmat diberi balasan senyuman..

DI kala ku menadahkan tangan..
terasa nikmat memuja nikmatMu TUHAN..

Wednesday, August 26, 2009

..STARTING with OURSELVES..

when i was young n free...
my imagination had no limits..
i dreamed of changing the world,

as i grew older n wiser,
i hope the world would not change..
so,,i shortened my sights
some what n decided to change only my country
but it too..
seemed immovable.

as i grew into my twilight year,
in one last desperate attempt..
i settled for changing only my family..
those closest to me..

they would have none of it..
and now as i lie on my death bed,
i suddenly realize!
if only i had changed myself first
then, by example...

i would have changed my family
from their inspiration n encouragement..
i would then have been able to better my country,
and who knows....
i may have even changed the world!